Pertandingan Puisi dan Lagu



Pertandingan Puisi dan Lagu berlangsung di SMK Batu Kawa pada 18 dan 19 Mei 2009. SMK Pending turut serta dalam pertandingan tersebut dan telah menghantar wakil seramai enam orang terdiri daripada Sambang (6A1), Carlson 6A2, Stephnie 6A1,Stefner 4S1,Cleansy 5S1 dan Mohd Nazri 6A1.



Walaupun tidak mendapat tempat dalam lapan yang terbaik tetapi pihak kami berasa bersyukur kerana penyertaan ini memberi pengalaman dan peluang untuk kami belajar dan membaiki kesilapan. Tahniah buat SM Seni yang merupakan johan bagi pertandingan tersebut.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners