Tugu Sekolah SMK Pending

Gambar ini diambil tahun 1995


Tahukah anda pada satu ketika dahulu SMK Pending ada sebuah tugu di hadapan blog pentadbiran? Tugu ini dibina pada 15 November 1988 dan mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk disiapkan.
Tugu ini diilhamkan oleh Ho Guan Eng iaitu pelukis SMK Pending. Beliau bersama rakannya yang lain iaitu Daniel Chua, Francis Then. Lim Hok Meng, Hon Boon Teck dan Sim Teck Guan bertungkus lumus menyaipkan tugu tersebut. Tugu ini setinggi sepuluh kaki. Dengan pembinaan tugu ini,diharapkan dapat menjadi simbol serta inspirasi kepada pelajar SMK Pending. Bagaimanapun tugu ini telah diruntuhkan semasa Puan Hajjah Fatimah menjadi pengetua SMK Pending.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners