Karnival Sukan Tradisional Kebangsaan 2009






Karnival Sukan Tradisional Kebangsaan telah berlangsung di Ipoh pada 24 hingga 26 Julai 2009. Ini merupakan kali pertama Sukan Kabaddi dipertandingkan dalam Karnival Sukan Tradisional Kebangsaan

Sarawak turut menghantar pesertanya yang terdiri daripada pelajar SMK Pending dan UiTM. SMK Pending telah menghantar 9 orang pelajar perempuan dan 3 orang pelajar lelaki dengan diiringi jurulatih Melayu yang tidak asing lagi iaitu Puan Norela Hj Ibrahim. Antara sembilan orang pelajar perempuan yang terlibat ialah

1. Jessica Gayar
2. Elfa Mahawi
3. Sheree Lorna Munan
4. Nurul Ashikin Ana
5. Hazlinda Hussin
6. Hanisah Hassan
7. Moltyrina Hassan
8. Nadia Suraya Mohd Safardi
9. Suraini Darahan

Tiga orang pelajar lelaki yang terpilih daripada SMK Pending ialah
1. Azezan Wahab
2. Muhammad Syarifuddin
3. Gibson Lungan

Keputusan Pertandingan
Kategori Lelaki
Tempat Pertama : Negeri Sembilan
Tempat Kedua : Negeri Perlis
Tempat Ketiga : Negeri Sarawak

Kategori Perempuan
Tempat pertama : Negeri Selangor
Tempat Kedua : Negeri Kedah
Tempat Ketiga : Negeri Sarawak

Syabas diucapkan kepada negeri Sarawak. Walaupun sukan ini dimonopoli oleh kaum India, namun Sarawak telah membuktikan bahawa kaum lain juga boleh bermain sukan Kabaddi ini setanding dengan kaum India. Keputusan yang membanggakan ini diharap dapat menjadi perangsang kepada pelajar lain jika kita berminat untuk menceburi apa sahaja jenis sukan.

Laporan disediakan oleh
Puan Norela Hj Ibrahim

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners