Latihan Dalaman SMK Pending



Pada 1 Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu, sekali lagi pihak sekolah telah mengadakan latihan dalaman(LDP) Latihan dalaman ini merupakan kali kedua melibatkan semua tenaga pengajar SMK Pending. Latihan dalaman ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.

Latihan dalaman ini diadakan di Makmal komputer dan bilik APD. Antara tajuk yang dibentangkan ialah

1. Cara menggunakan perisian SAP 123, dan SAP 45 yang disampaikan oleh Puan Kok Gin Fung dan Ho Yoke Yeng
2. Menyediakan kertas kerja yang disampaikan oleh Cikgu Mohamad Yaakub dan Cikgu Zaidi Morni
3. Kajian Tindakan oleh Cikgu Joseph Tiyam dan Cikgu Mohd Zul Kennedy

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners