PROGRAM SKIM LENCANA ANTI-DADAH ( SLAD )



Pada 21 Julai 2009 bertempat di Pusat Latihan Pembangunan Belia telah diadakan program Skim Lencana Anti-Dadah ( SLAD ) Peringkat Zon C Petrajaya. Seramai 200 orang pelajar dari 50 buah sekolah di bahagian Kuching telah terlibat. 4 orang pelajar daripada tingkatan 2 telah mewakili SMK Pending iaitu Cleverence (2A), Nabilah Syazwani (2A), Flexia (2H) dan Claudia (2H) dengan diiringi oleh seorang guru pengiring iaitu Pn. Norezayu Mohamed Rashid. Pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk melawat bengkel-bengkel seperti bengkel jahitan, bengkel kimpalan, bengkel elektrik serta bengkel perabot. Objektif program ini diadakan ialah untuk :

  1. Memberi kesedarankepada para pelajar tentang bahaya dadah dan rokok.
  2. Memberi maklumat yang berguna kepada para pelajar tentang bahaya dadah dan rokok.
  3. Membolehkan para pelajar berkongsi pengetahuan dengan rakan, ibu bapa dan masyarakat tentang bahaya dadah dan rokok.
  4. Merealisasikan hasrat sekolah bebas dadah dan rokok.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners