Ceramah Teknik Menjawab Kertas Soalan




Satu ceramah tentang teknik menjawab kertas Pengajian Am 2 telah diadakan di bilik APD SMK Pending. Ceramah ini telah diadakan pada 31.7.2009 iaitu pada hari Jumaat. Cermah ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi melibatkan semua pelajar tingkatan 6 yang akan mengambil STPM pada tahun ini. Penceramah dari SMK Tun Abang Haji Openg iaitu Puan Ramilah Binti Boje telah dijemput untuk memberi penjelasan tentang teknik menjawab soalan Pengajian Am.



Sementara itu pada hari yang sama juga telah diadakan satu ceramah tentang teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris PMR telah diadakan di Dewan Global SMK Pending. Semua pelajar tingkatan tiga telah mendengar dan mengambil tip-tip berguna bagi mengahadapi peperiksaan PMR akan datang yang disampaikan oleh Puan Chan Ing Ing dari SMK Matang Jaya

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners