PERKHEMAHAN PERDANA KRS SEKOLAH PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING 2012

Pada 24 Feb 2012 – 26 Feb 2012 (Jumaat – Ahad), pihak sekolah telah menghantar satu kontigen yang terdiri daripada 10 orang ahli KRS untuk menyertai program perkhemahan yang dijalankan di SMK Bandar Samariang. Kontigen tersebut diiringi oleh 2 orang guru penasihat KRS dan 4 orang urusetia yang turut terdiri daripada ahli KRS.
Ahli-ahli KRS yang menyertai perkhemahan tersebut adalah:
 Mathew ak Edward (4s3)
 Muhd Fadhilah (4A)
Mohd Luqman (4A)
Mohd Nazul (4A)
Farizan (4MPV)
Syikin (4B)
Magdelena Akee
Morine
Lydia Dunsing (4B)
Liana Dunsing (4A)
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah Kem kraf/Membina Gajet, Ice Breaking, Bantu Mula, Tali-temali, Ikhtiar Hidup(Masakan ala Rimba), Malam Kebudayaan dan Majlis Penangguhan.
Tidak hanya itu, kontigen SMK Pending turut mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat pertama dalam pertandingan Kem Kraf/Membina Gajet serta mendapat tempat kedua dalam pertandingan Ikhtiar Hidup (Masakan ala Rimba)






 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners