Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Unit Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Kuching 2012

SMK Pending telah menghantar seramai lima orang Pandu Puteri dan lima orang Pengakap serta diiringi oleh dua orang guru penasihat persatuan untuk menyertai Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Unit Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Kuching 2012. Dua orang guru pengiring tersebut ialah Cik Ho Beng Sien dan Puan Lee Siaw Chen  Perkhemahan ini dikelolakan oleh SMK A SHOAW, Matang dari 24-26 Februari 2012 dan disertai oleh 33 buah sekolah di Kuching. Wakil pelajar SMK Pending ialah Jacklyna Ong Hui Yee, Andrea Sharmila, Amibia ak Ranong, Phay Swee May dan Amelia ak Augustine Sittin. Mereka ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5Sc2 yang mewakili pasukan Pandu Puteri. Manakala pelajar daripada pengakap sekolah ini terdiri daripada Lee Nyan Chan (5Sc2), Voon Chun Ping (4Sc1), Ho Zheng Xi (4A), Lee Kim Thai (5Sc3) dan Hon Pei Ming (5Sc1)

Matlamat perkhemahan ini ialah untuk mengumpulkan ahli-ahli Pasukan Badan Unit Beruniform dan pelaksanaan aktiviti perkhemahan sebagai penyokong dan pelengkap ke arah pemupukan disiplin murid yang bermutu.
Objektif perkhemahan ialah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli Pasukan Badan Unit Beruiform tentang aspek-aspek perkhemahan secara menyeluruh dan mempertingkatkan minat murid untuk terus aktif dalam kegiatan Pasukan Unit Beruniform.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
1. Pecah Bendung/Ice-Breaking
2. Pertandingan Kawad
3. Masakan Rimba
4. Hiking/Team Building
5. Pertandingan Kebudayaan

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners