Suntikan Pelalian Tetanus

Suntikan ini diberikan kepada pelajar tingkatan 3 ini bagi mengelakkan penyakit kancing gigi atau lebih dikenali sebagai "Tetanus" Suntikan ini perlu dilakukan kerana penyakit ini boleh membawa maut yang ada kaitannya dengan luka yang dihadapi oleh pesakit. Menyedari hakikat ini pihak Kementerian Kesihatan telah memberi suntikan pelalian Tetanus kepada semua pelajar. Menurut piawaian biasa setiap orang dewasa perlu disuntik setiap sepuluh tahun sekali bagi mengelakkan penyakit ini. Gambar di bawah kelihatan sebahagian pelajar yang menerima suntikan itu yang berlangsung pada 2 April 2012 di Bilik Gerakan








 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners