Rumah Satria Juara lagi


Kejohanan Sukan kali ke-33 telah diadakan pada 26 dan 27 Jun 2013 bertempat di Stadium SMK Tabuan Jaya. Rumah Waja antara rumah yang paling ramai menghantar atlit pada tahun ini. Kejohanan bermula kira-kira pukul 7.30 pagi dengan dimulai acara perbarisan antara rumah-rumah sukan. Semua kategori iaitu kategori A,B dan C bagi lelaki dan perempuan telah dilangsungkan dengan jayanya.

Keputusan kejohanan sukan tahunan kali ini berpihak kepada Rumah Satria diikuti Rumah Waja dan tempat ketiga pula disandang oleh Rumah Kenari manakala rumah Perdana mendapat tempat keempat. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, En. Ivor Lim. Pada hari tersebut juga diumumkan olahragawan dan olahragawati 2013 iaitu adik Norasnita Bt Halim dan adik Kelvin Tan.

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners