MINGGU ANTI-BULI SMK PENDING

Minggu anti-buli SMK Pending diadakan dari 7 April hingga 11 April 2014 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Majlis Perasmian/Pelancaran Minggu Anti-buli
2. Mesej 5 minit anti-buli
3. Kuiz Anti Buli
4. Ceramah

Perhimpunan rasmi telah dijalankan pada 7 April 2014 bagi melancarkan Minggu Anti-buli. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan daripada Cikgu Mos Sinus selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling, diikuti dengan ucapan Pengetua SMK Pending, En. Ivor Lim untuk melancarkan Minggu Anti-Buli. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan ikrar Anti-buli oleh pelajar.
Ceramah bertajuk "Gejala Buli Dalam Kalangan Pelajar juga diadakan. Pihak Sekolah telah menjemput PDRM untuk membincangkan topik ini. Pihak sekolah juga menjemput SKMM untuk memberi ceramah yang bertajuk "Klik dengan Bijak - Kesedaran Penggunaan Internet". Disamping itu semua guru tingkatan dikehendaki menyampaikan mesej lima minit kepada pelajar berkenaan dengan anti-buli. Kemudian pelajar akan diberikan soalan kuiz.


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners