PERKHEMAHAN PKBM(L) PERINGKAT NEGERI DI PUSAT KOKURIKULUM NEGERI (KEM SANTUBONG), KUCHING

Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Negeri pada tahun 2014 telah diadakan di   Pusat Kokurikulum Negeri (Kem Santubong), Kuching pada 24 hingga 26 Mac 2014 .
          Antara aktiviti yang telah diadakan  ialah Mendirikan Khemah, Latihan Sun Set, Ice Breaking, pertandingan Tiupan Boatswain’s Call, Ikatan dan Tali-temali,  Jalan Lasak, Ikhtiar HIdup, Sukan Integrasi (Bola Tampar), Kawad Kaki dan Persembahan Kebudayaan. Sepanjang perkhemahan kadet bertugas berdasarkan Kumpulan Awasan yang telah ditetapkan untuk kerja-kerja pembersihan dan awasan pada waktu malam. SMK Pending telah menghantar seramai 36 orang kadet. SMK Seri Setia menghantar 33 orang kadet dan Kolej Vokasional menghantar 28 orang kadet.
            Semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Cuaca hujan tidak menghalang pihak urus setia, jurulatih dan guru pengiring serta kadet melaksanakan segala tugasan yang diberikan dengan dedikasi dan bersungguh-sungguh.
       Tahniah kepada semua ahli PKBM(L) Zon Sarawak yang telah menyertai perkhemahan ini. Syabas diucapkan kepada semua guru PKBM(L) atas kerjasama yang telah diberi. Terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa perkhemahan dan jurulatih.
Penghargaan dirakamkan kepada  semua sekolah yang terlibat, PKKK (En. Roslan Sumiran), Tuan Pengetua SMK Pending (En. Ivor Emmanuel Lim) dan Penyelia Kokurikulum JPNS (En. Norman Bin Suhaili) atas sokongan terhadap Perkhemahan PKBM(L) tahun 2014.

Kawad Kaki - (Pasukan-Sekolah)
Johan: SMK Seri Setia(103.6/150)
Naib Johan: SMK Pending (90.3/150
Ketiga: Kolej Vokasional Matang (74.3/150

Jalan Lasak - (Pasukan - Sekolah)
Johan: SMK Seri Setia (21.7/25)
Naib Johan: SMK Pending (20/25)
Ketiga: Kolej Vokasional Matang (16.7/25)

Ikhtiar Hidup - (Pasukan - Sekolah)
Johan: Kolej Vokasional Matang (9/10)
Naib Johan: SMK Pending (7/10)
Ketiga: SMK Seri Setia (6/10)

Persembahan - (Pasukan - Sekolah)
Johan: SMK Pending
Naib Johan: SMK Seri Setia
Ketiga: Kolej Vokasional Matang

Ikatan (Tali-menali) - (Kumpulan - Sekolah)
Pencapaian
Sekolah
Markah
Wakil/Ketegori
Johan

SMK Pending
(17/20)
NURFARINA BINTI ABDUL HAFIZ(P)
JORDAN ANAK NICOLA (L)

Naib Johan:
SMK Seri Setia
(15/20)
ZAITULNIZA BT SULAIMAN (P)
ABDUL MUHAYMIN BIN PIEE (L)

Ketiga:

Kolej Vokasional Matang
(8.6/20)
AZLIN  BIN MOHMAD (P)
MOHD SYAFIQ BIN RAMANTO (L)

Tiupan Boatswain’s Call-(Kumpulan - Sekolah)
Pencapaian
Sekolah
Markah
Wakil/Kategori
Johan:

 SMK Seri Setia


(17.6/20)
ABANG AMAN AZIZI BIN ABANG RABA (L)
LYDIA SHAFRINA BT. SUHAILI (P)
Naib Johan:


SMK Pending

(15.6/20)
MOGAN RINTO ANAK LAURANCE (L)
ALINCIA ANAK HENRY JIKAT (P)

Ketiga:

Kolej Vokasional Matang
(14.0/20)
JESSICA ANAK KEDERI (P)
MUHAMAD ABU BAKAR BIN MUHAMAD RASUL (L)

Laporan disediakan oleh: 
MOHAMAD YAAKUB BIN AHMAD
PEGAWAI TEKNIKAL KEBANGSAAN

PKBM(L) ZON SARAWAK


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners