Pelancaran Minggu Votek 2014

Pada 4 – 8 Ogos, sempena minggu Teknik dan Vokasional Tahun 2014, pelbagai program menarik telah diadakan, dengan tema pada tahun ini Teknik dan Vokasional Pemacu Modal Insan Kreatif , Penjana Inovatif.

Antara Objektif program yang dijalankan ialah :
i.                    Memberi pendedahan berkaitan mata pelajaran Votek
ii.                  Memberi motivasi dan menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Votek
iii.                Dan juga mewujudkan semangat daya saing yans sihat untuk mencapai kejayaan

Antara aktiviti yang akan dijalankan mengikut subjek ialah :
i.                    Perdagangan – Jualan @ Lagu Permintaan ( Ting 4 & 5 )
ii.                  KHB  -  Mini Food Fair  ( Ting 1 & 2 )
iii.                Prinsip Akaun  -  Simulasi Saham
iv.                Sains Sukan  -  Mini Fun Fair   ( Ting 4 & 5 )
v.                  MPV  -  Pameran & Demonstrasi


Pelbagai hadiah telah diberi kepada peserta dan pengunjung sepanjang minggu program tersebut  dijalankan. Program kali ini telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. Pelancaran Minggu Votek telah dibuat pada masa perhimpunan selepas penutupan Karnival Sains & Matematik pada Isnin 4 Ogos 2014 dan  dimeriahkan lagi dengan persembahan gaya hidup sihat, iaitu Zumba versi sains sukan dari pelajar sains sukan.





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners