Pertandingan Lagu Patriotik

Satu Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik sempena Karnival seni 2014, telah dianjurkan oleh Bidang Votek  pada 23 Ogos 2013 hari Sabtu bermula jam 900 pagi hingga 1100 pagi bagi mengisi program bulan kemerdekaan tahun 2014. Program ini telah berjaya menarik 16 penyertaan di kalangan pelajar sesi pagi SMK Pending. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Solo dan Duet .

Antara Objektif program yang dijalankan ialah :
i.                    Menyemai nilai keyakinan diri & kreatif dalam kalangan pelajar
ii.                  Memupuk semangat patriotisma dan cinta negara
iii.                Dan juga mencungkil bakat seni suara di kalangan pelajar

Berikut merupakan pemenang pertandingan tersebut.

Kategori Solo                                                                           Kategori Duet

Johan  -  Akhmal Hakim Bin Mohamad( 6R1 )      Tajudin Bin Sahak & Jordan Ak. Nicola 
Naib Johan – Edmund Lim ( 5B )                        Celester Vianne & Pamela ( 4sc3 )
Ketiga – Ahmad Raihan Bin Azlan ( 5MPV )     Efinzie Ak. Nihem & Florence Ak. Samberi 


Laporan disediakan oleh Siti Noraya Marikan


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners