Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

LDP ini disampaikan oleh Cikgu Maria Mitin yang bertujuan untuk mendedahkan kepada guru-guru SMK Pending tentang program ini. Dengan pendedahan ini diharapkan guru-guru dapat melihat potensi pelajar yang boleh dicalonkan untuk anugerah ini
Program Anugerah Remaja  Perdana ini sebenarnya mula diperkenalkan sejak tahun 2001 lagi. Program ini mengambil sempena Program Duke of Edinburgh’s Award yang telah mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956. Program ini ditujukan kepada golongan muda berusia 14- 25 tahun yangbertujuan untuk  memberi sokongan dan semangat  dalam menanamkan nilai-nilai seperti semangat bekerjasama dan sebagainya ke arah mencapai personaliti unggul.

Program ini sebenarnya telah dilaksanakan di beberapa buah negara di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian’s Challenge di Kanada, The National Youth Achievement Award di Singapura dan sebagainya mengikut citarasa negara masing-masing. Di Malaysia, ia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Anugerah ini dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan  sebagai Badan Berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan dan dikoordinasi dan diuruskan oleh Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Tahap anugerah terbahagi kepada  3 peringkat iaitu Gangsa, Perak dan Emas.  Setiap anugerah mempunyai 4 komponen wajib iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Kesemua komponen tersebut mempunyai tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan pertauliahan. Peserta anugerah di peringkat Emas perlu melengkapkan satu kategori tambahan, iaitu Projek Penempatan selama 5 hari 4 malam di suatu penempatan yang dipilih, serta ditemani oleh individu yang bukan kenalan.  Diharapkan para pelajar SMK Pending akan berusaha untuk mendapatkan anugerah ini. Untuk keterangan lanjut boleh berjumpa dengan Cikgu Maria Mitin.










 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners