Program Senamrobikton dan Hari Kesihatan

Program senamrobikton dan hari Kesihatan telah diadakan di SMK Pending pada 31 Julai 2015. Objektif senamrobikton adalah untuk 

1. Menambah dana PIBG untuk pembiayaan program akademik dan sukan

2. Melaksanakan Program RIMUP sekolah

Setakat ini kutipan telah berjaya dikumpul sebanyak rm 23 000 dan jumlah  ini belum lagi  dikira bagi kelas yang belum menyerahkan kad senamrobikton

Program ini bermula pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi bertempat di kawasan tempat letak kereta bagi pelajar sesi pagi dan Dewan Global bagi pelajar sesi petang. Kemuncak senamrobikton diadakan upacara penyampaian hadiah bagi kategori seperti berikut :

1.  Tertinggi setiap tingkatan
2.  Tertinggi keseluruhan Individu
3.  Tertinggi kategori guru dan staff
4.  Tertinggi kelas sesi pagi
5.  Tertinggi kelas sesi petang.

Selesai upacara ini diadakan program kesihatan yang dianjurkan oleh  PJPK. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang penjagaan makanan supaya kekal dengan gaya hidup sihat. Program ini mendapat sambutan yang hangat apabila 500 helai borang penilaian habis digunakan.



























 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners