Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan/Kemanusiaan

Majlis Pelancaran ini diadakan pada 17 Ogos  2016 yang dijalankan di Dewan Global SMK Pending. Majlis Pelancaran ini dilaksanakan oleh pelajar Sesi pagi. Penutupan Bulan Kebangsaan dan Kemanusiaan akan diadakan pada 09 September 2016  yang akan dilaksanakan oleh pelajar Sesi petang pula.

Antara objektif aktiviti Bulan Kemanusiaan dan Kebangsaan ialah :
1. Memastikan pelaksanaan aktiviti pelancaran dan penutupan berjalan dengan lancar.
2. Memastikan bulan kebangsaan dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan murid.
3. Mengukuhkan perpaduan di kalangan murid yang terdiri daripada berbilang kaum.
4. Menyemai semangat bekerjasama di kalangan murid 
5. Memupuk sikap minat terhadap matapelajaran di bawah bidang kemanusiaan

Majlis Pelancaran telah dilaksanakan oleh Penolong Kanan Akademik, Pn Hii Kwing Ing. Para pelajar kemudiannya telah di war warkan aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Bulan Kebangsaan dan Kemanusiaan berbentuk Slaid. Kemudian persembahan tarian dan nyanyian lagu patriotik sebagai mengakhiri pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kemanusiaan.











 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners