Ceramah Pendidikan Kesihatan Talasemia

Ceramah diadakan pada 9 Februari 2018 bermula jam 8.30 hingga 9.30 pagi. Ceramah ini disasarkan kepada pelajar tingkatan 4 bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang penyakit ini. Program ini anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Unit Kesihatan Sekolah, dan Klinik Kesihatan Tanah Putih. Penceramah yang membicarakan tajuk ini ialah Dr. Nur Khairunnisa Binti Aizan, Pegawai dari Kllinik Kesihatan Tanah Putih.

Pelajar kemuidannya akan menjalankan program saringan untuk penyakit tersebut pada 16 hingga 19 haribulan April 2018. Dengan adanya program ini boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya maklumat ini bagi masa hadapan jika mereka akan berkahwin kelak

Laporan disediakan oleh Ngien Jin Nie





 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners