Keputusan STPM 2017

Syabas SMK Pending kerana memperolihi keputusan yang membanggakan melebihi daripada sasaran PNGK iaitu 2.91. Pencapaian ini menjadikan SMK Pending antara sekolah yang sangat memberangsangkan pencapaianya melebihi 2.80 PNGK diseluruh Sarawak. Antara matapelajaran yang menunjukkan peningkatan di SMK Pending ialah Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Ekonomi, P.Perniagaan, Perakaunan, Matematik M, Matematik T, dan Seni Visual. Peratus lulus penuh semua subjek ialah 83 Peratus iaitu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya 64.9 peratus. Peratus lulus sekurang-kurangnya satu subjek ialah 99 peratus dan layak memperolihi sijil STPM.

Tahniah diucapkan kepada PK Tg 6 dan guru-guru tingkatan 6 yang bertungkus lumus membimbing pelajar dalam pencapaian STPM 2017. Semoga kejayaan ini akan terus meningkat dan menjadi kebangaan SMK Pending sebagai Pusat Tingkatan 6







Bergambar kenangan bersama Pengetua

24 pelajar yang mendapat keputusan melebihi 3.00 GPS


 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners