Karnival Akademik dan Kokurikulum merupakan aktiviti kemuncak kepada aktiviti akademik dan kokurikulum. Aktiviti ini melibatkan kesemua empat bidang dengan aktviti masing-masing.
Antara aktiviti dalam bidang bahasa seperti teka silang kata, kuiz tatabahasa, menulis esei, speech competition, spelling Bee, wheel of Fortune, Pertandingan menulis esesi bahasa Cina, berpidato dalam bahasa Cina dan sebagainya.
Sementara bidang Sains dan Matematik pula antara aktivitinya seperti Pameran Sains, Robotik, Matematik dan juga pameran 3d Printer. Pengunjung dalam pameran 3d printer boleh membeli sendiri hasil printing 3d mengikut cita rasa masing-masing.
Bidang Votek antara aktivitinya sudut KHB dan RBT, Kuiz, Jualan makanan, Pameran Inovasi dan RBT, Sudut Sains Sukan, mini funfair, sudut perniagaan dan sebagainya
Bidang kemanusiaan pula telah mengadakan aktiviti Sejenak Bersamamu Ya Rasulullah, Pertandingan membuat kad Hari ibubapa/guru, pertandingan lagu patriotik, kuiz sejarah, pertandingan mewarna dan lain-lain.
Bahagian Unit Kokurikulum pula melibatkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum yang ditawarkan di SMK pending antaranya Pertandingan Pertolongan Cemas BSMM, Demo dan Pertandingan Pertolongan Cemas St John Ambulans, Demo Kawad Kadet Polis, Demo Kawad Boys' Brigade dan Demo dan Pertandingan memasak rimba puteri Islam
Sehubungan dengan aktiviti ini Penolong Kanan Akademik SMK Pending Pn Hii Kwong Ing bersama Penolong Kanan Kokurikulum En Roslan Sumiran telah merasmikan aktiviti ini di bilik APD diwakili oleh ketua dan penolong ketua kelas dengan tayangan slaid aktiviti yang berlangsung sepanjang karnival Akademik dan Kokurikulum
untuk gambar lain : https://goo.gl/aoqLRw