Mesyuarat Agung PIBG 2018

 Mesyuarat Agung PIBG SMK Pending telah diadakan pada 7 April 2018 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Mesyuarat bermula dengan pendaftaran seawal 7.30 pagi. Sebelum Mesyuarat bermula satu ceramah telah diadakan yang bertajuk Peranan Ibubapa ke arah Kecemerlangan Anak-anak disampaikan oleh Haji Mostaffa bin Haji Sidik, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Sarawak.
  
   Selesai ceramah, ibubapa dijamu dengan makanan sementara menunggu acara seterusnya iaitu penjelasan sedikit tentang kemasukan pelajar tingkatan 6 oleh PK tingkatan 6, Miss Fu Yung Yung. Selesai ucapan PK Tg 6 mesyuarat Agung bermula dengan pembentangan belanjawan dan usul untuk dipersetujui ibu bapa. Acara kemuncak ialah perlantikan AJK baru PIBG. Mesyuarat PIBG ini dirasmikan oleh wakil YB Prof. Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Berikut adalah AJK baru PIBG sesi 2018/2020



JAWATANKUASA PIBG  SMK PENDING
SESI 2018/2020



PENASIHAT (PENGETUA)
EN. YONG ING THUNG

YANG DIPERTUA
EN.  LIM KING HONG

NAIB  YANG  DIPERTUA
PN.KINNA ANAK ACHU

SETIAUSAHA
EN. HAMZAN  BIN  MOHD  ZAIN

PEN. SETIAUSAHA
EN. BONG LOK LEONG

BENDAHARI
PN.  IVY  NGU YEE YEE

PEN. BENDAHARI
PN. ELINA ANAK SIAN

AJK   GURU    
PK  PENTADBIRAN           :  PN. HII  KWONG  ING                                                                      
PK  HAL EHWAL  MURID  :  UST. AWG ARIPPIN B. AWG KAMARUDIN
PK  KOKURIKULUM          :  EN. ROSLAN  SUMIRAN
PK  PETANG                     :   PN. HAZEL  GEORGE
PK  TING. 6                       :   CIK FU  YUNG  YUNG

AJK IBU  BAPA
1.  PN. AHKAN  AK  DOIT
2.  PN. CHRISTINA  AK  JUGAG
3.  EN. JONIK OREN                
4.  EN. AMIRULDIN BIN MOHD SHAH
5.  EN. BATHUEL NAHOR ANAK BENJAMIN



Barisan AJK PIBG yang baru sesi 2018/2020

Mantan PIBG


Gambar-gambar lain sila klik di sini

 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners