Perkhemahan PKBM(L) Peringkat Negeri Sarawak 2013

Perkhemahan pada tahun ini diadakan di Kem PLKN Juara, Serian bermula dari 4 Julai hingga 6 Julai. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan jayanya. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah mendirikan khemah, latihan colours, ice breaking,pertandingan tiupan, tali-temali, larian berhalangan, sukan intgrasi, pertandingan kawad kaki flying fox dan sebagainya. SMK Pending telah menghantar seramai 33 orang ahli dengan diiringi oleh Cikgu Mohd Yaakub, Cikgu Nordin, Cikgu Zaidi Morni, Cikgu Mansor Zainal Cikgu Robert dan Cikgu Thian Hian Fah

Secara keseluruhannya SMK Pending mendapat tempat ketiga dan berikut pula adalah keputusan penuh pertandingan

a) Pertandingan Ikatan
    Johan         : SMK Seri Setia
    Naib Johan  : SMK Pending 
    Tempat ketiga  : Kolej Vokasional Matang

b) Pertandingan Tiupan
    Johan         :   SMK Pending
    Naib Johan  :   SMK Seri Setia
    Tempat ketiga  :  Kolej Vokasional Matang

c) Larian berhalang
    Johan        :  SMK Seri Setia
    Naib Johan :  Kolej Vokasional MatangSMK Pending
    Tempat ke tiga: SMK Pending

D) Pertandingan Kawad kaki
    Johan :  Kolej Vokasional Matang
    Naib Johan : SMK Pending
    Tempat ketiga : SMK Seri Setia 

Dalam sukan intgrasi pula Johan dimenangi kumpulan Hijau 1, naib johan dimenangi kumpulan Hijau 2 dan tempat ketiga dimenangi kumpulan Merah 2



Rumah Satria Juara lagi


Kejohanan Sukan kali ke-33 telah diadakan pada 26 dan 27 Jun 2013 bertempat di Stadium SMK Tabuan Jaya. Rumah Waja antara rumah yang paling ramai menghantar atlit pada tahun ini. Kejohanan bermula kira-kira pukul 7.30 pagi dengan dimulai acara perbarisan antara rumah-rumah sukan. Semua kategori iaitu kategori A,B dan C bagi lelaki dan perempuan telah dilangsungkan dengan jayanya.

Keputusan kejohanan sukan tahunan kali ini berpihak kepada Rumah Satria diikuti Rumah Waja dan tempat ketiga pula disandang oleh Rumah Kenari manakala rumah Perdana mendapat tempat keempat. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, En. Ivor Lim. Pada hari tersebut juga diumumkan olahragawan dan olahragawati 2013 iaitu adik Norasnita Bt Halim dan adik Kelvin Tan.

Cabaran Membaca Satu Buku Sebulan

Cabaran Membaca Satu Buku Sebulan was a reading challenge organised by Pustaka Negeri Sarawak in collaboration with the Sarawak Government. Its aim was to inculcate reading habits among students from all over Sarawak. This reading challenge ran through the whole of 2012.

SMK Pending sent in many entries. Audrey Chong from Form 3B has made SMK Pending proud by emerging as the second runner-up in the reading challenge. At a glittering ceremony  held at Pustaka Negeri Sarawak recently, Audrey received a trophy, a certificate and book vouchers worth RM100.

It is our hope that Audrey’s win will spur students of SMK Pending to read more. Reading is a healthy habit that will take us far, as the saying goes, Reading Takes You Places. It really does not matter whether the books are in BM, English or Chinese. What matters is… we read.

Prepared by

Sim Siaw Phing

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi SMK Pending

Sambutan ini diadakan pada 14 Jun 2013 yang diadakan di Dewan Global SMK Pending. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah 1 aspirasi 1 agenda. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan hari guru pada kali ini, dimulai dengan  Perutusan Ketua Pengawas, Perutusan Tuan Pengetua, Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia dan perutusan Menteri Pelajaran

Semua guru kemudiannya naik ke atas pentas dan menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan "Pendidik Bumi Kenyalang". Dengan penuh semangat semua guru SMK Pending membaca ikrar Guru. Acara seterusnya ialah upacara pemotongan kek yang diketuai oleh Tuan Pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan.

Acara persembahan pula dimulai dengan persembahan seni silat oleh al-Fadhil Tuan Sazali Jebal diikuti persembahan-persembahan yang lain spt Persembahan Lembaga Pengawas, Pelajar Tg 6, nyanyian oleh guru dan persembahan Tuan Pengetua. Acara kemuncak merupakan Sukaneka yang melibatkan guru-guru yang terpilih.



 
me know wordpress - 100+ wordpress tutorials for beginners